PROFAIL SYARIKAT
BUMIPUTRA BUSINESS MANAGEMENT CENTRE
Lot 1.33, Tingkat 1, Kompleks Asia City,
88000 Kota Kinabalu,
Sabah Malaysia.
No. Telefon: 088-224 986 No. Fax: 088-224 986
E-mel: bbmc_ent@yahoo.com.my
Latar Belakang SyarikatBumiputra Business Management Centre (BBMC) adalah sebuah pusat latihan keusahawanan khusus untuk usahawan bumiputra. BBMC memberi perkhidmatan latihan asas pengurusan perniagaan dalam bahagian pentadbiran, perakaunan dan pemasaran serta pelbagai jenis seminar dan kursus yang berguna untuk kemahiran manusia. BBMC ditubuhkan pada tahun 2008 dan dimiliki oleh bumiputera seratus peratus. Bermula dengan berbekalkan pengalaman dalam bidang pengendalian pelbagai kursus yang lain dan menghasilkan pelbagai kertas kerja perancangan perniagaan yang terperinci maka dengan itu BBMC diwujudkan untuk memberi latihan keusahawanan yang professional dan berdaya saing. Dalam segala aspek pusat latihan ini memberikan penekanan yang tinggi dalam kualiti.Kejayaan seseorang usahawan bumiputera bukan hanya bergantung kepada kemahiran mereka dalam menguruskan operasi perniagaan semata-mata. Sebagai seorang usahawan yang berkaliber dan berdaya saing pengetahuan tentang ilmu pentadbiran,perakaunan dan pemasaran haruslah diberi penekanan dan pendedahan. Dengan adanya ilmu pengetahuan tentang pengurusan perniagaan yang profesional maka prestasi perniagaan dapat dicapai kerana adanya perancangan perniagaan yang rapi. Penubuhan pusat latihan keusahawanan seperti BBMC ini juga adalah selari dengan objektif kerajaan dalam membantu para usahawan khususnya bumiputera yang berkualiti dan berketrampilan sebaris dengan para usahawan bukan bumiputera. BBMC akan sentiasa memberi perkhidmatan yang terbaik, cekap dan informatif agar kualiti pengendalian dan isi kandungan kursus dan latihan memenuhi syarat dan kehendak peserta kursus. Pantauan tentang keberkesanan penyampaian kursus akan sentiasa dilakukan dari masa ke semasa agar mutu dan kualiti pusat latihan ini sentiasa terjaga. BBMC juga merupakan sebuah pusat latihan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan asas yang selesa dan menarik. Di sini kami menyediakan ruang tempat latihan dan kursus berhawa dingin dengan kapasiti sebanyak 30 hingga 50 orang peserta. Kelengkapan kursus seperti LCD dan sistem p.a yang canggih serta sudut ruang bacaan atau mini perpustakaan juga ada disediakan. Pejabat BBMC dilengkapi dengan peralatan pejabat yang lengkap dan ditadbir oleh para pegawai yang mahir dan berkelayakan dari segi akademik dalam bidang pengurusan perniagaan dan perakaunan. Para tenaga pengajar dan pensyarah bumiputera yang bertauliah dalam bidang pengurusan perniagaan berbekalkan pengalaman yang cukup luas dalam bidang pengurusan perniagaan dilantik oleh BBMC untuk memberi pengajaran yang bermutu kepada para usahawan. Melahirkan seorang usahawan mahir dan pintar serta celik berdaya saing dan berwawasan adalah asas dalam segala pelaksanaan aktiviti pusat latihan kami.
VISI
Mewujudkan para usahawan bumiputera dalam pelbagai jenis industri yang: - Berilmu dan berkemahiran,
- Beretika lengkap dengan nilai-nilai kerohanian,
- Berdaya saing,
- Berketrampilan dan berwawasan dan
- Tidak mengharap kebergantungan kepada sesuatu sektor agensi pekerjaan.
MISI
- Objektif utama BBMC adalah untuk mewujudkan sebuah pusat latihan keusahawanan yang gemilang dan cemerlang dengan memberikan pengajaran dan latihan mengenai kaedah dan teknik pengurusan perniagaan dalam bidang pentadbiran dan perakaunan yang profesional.
- Efektif dan berkualiti serta memberi tunjuk ajar mengenai aspek pemasaran dalam membantu usahawan untuk lebih cekal dan kekal dalam dunia perniagaan moden.
- Memberi maklumat dan memupuk minat para usahawan untuk menceburkan diri dalam dunia usahawan dan menfokuskan bidang tersebut.
NAMA SYARIKAT & NO PENDAFTARAN:Bumiputra Business Management Centre (169284) atau lebih dikenali dengan nama
BBMC. TARIKH PENUBUHAN:
01 April 2008
ALAMAT BERDAFTAR: Lot 1.33, Tingkat 1, Kompleks Asia City,
88000 Kota Kinabalu Sabah, Malaysia
ALAMAT BEROPERASI:
Lot 1.33, Tingkat 1, Kompleks Asia City,
88000 Kota Kinabalu Sabah, Malaysia
Tel / Fax: 6088- 224 986
BBMC SECRETARIAL SERVICES (172435)
Lot 1.33, Tingkat 1, Kompleks Asia City,
88000 Kota Kinabalu Sabah, Malaysia
Tel / Fax: 6088- 224 986
Slogan Syarikat:
'Bersatu Bersama Menuju Cemerlang'