Carta Organisasi BBMCThis is a featured page



Carta Organisasi BBMC - BBMC

TUNJANG UTAMA SYARIKAT



PENASIHAT

ENCIK AG.DALI AG AMAT@ AHMAD

Kapten Awang Dali Awang Amat @ Ahmad mempunyai pengalaman lebih daripada 22 tahun dalam bidang industri marin. Memiliki pelbagai sijil dalam bidang marin yang bertauliah. Beliau memulakan karier sebagai seorang usahawan sejak tahun 1997 apabila menubuhkan perniagaan pertama beliau dalam bidang pengendalian dan penyeliaan kursus-kursus marin. Berbekalkan pengalaman beliau yang tidak terhingga dalam bidang marin selama 22 tahun di Jabatan Laut Malaysia Cawangan Sabah, beliau mampu mewujudkan Pusat Latihan Pelaut Dagang (M) Sdn Bhd yang berdaya saing dan berkualiti dalam semua aspek sehingga kini. Seorang anak tempatan berasal daripada daerah Beaufort, Sabah yang amat berfikiran positif dan berwawasan tinggi dalam bidang perniagaan. Ketegasan beliau dalam aspek kualiti memberi impak kepada kejayaan beliau dalam bidang perniagaan pengendalian kursus dan menyelia pusat latihan. Beliau juga merupakan Ketua Pengawai Eksekutif dan Penaung kepada sebuah lagi syarikat beliau iaitu Safety Care Management Centre (M) Sdn Bhd. Syarikat tersebut adalah sebuah pusat latihan keselamatan yang bertauliah di bawah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja. Dengan adanya kepakaran dan berbekalkan pengalaman beliau yang tidak terhingga ini maka dengan pastinya Bumiputra Business Management Centre ini untuk bertapak lebih maju ke hadapan dan seterusnya menjadikan pusat latihan BBMC ini sebagai sebuah pusat latihan bumiputera contoh pada suatu hari nanti.



PENGARAH URUSAN
PUAN ANA MARIANA SOMIDIN ABDULLAH

Ana Mariana Somidin Abdullah mempunyai kelayakan akademik dalam bidang perakaunan dan merupakan seorang graduan dalam fakulti perakaunan di Universiti Teknologi Mara pada tahun 1997. Pengalaman dalam bidang perniagaan selama lebih kurang 10 tahun ini telah memberi inspirasi kepada beliau untuk menubuhkan sebuah pusat latihan keusahawanan yang berdaya saing dan berkualiti. Walau bagaimanapun di sebalik daripada sifat kewanitaan beliau juga turut menekankan secara serius dalam aspek kualiti demi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada para usahawan. Beliau memulakan karier sebagai seorang eksekutif perakaunan di sebuah kilang papan Seribu Daya Sdn Bhd pada tahun 1998 dan seterusnya pada tahun 1999 dilantik sebagai Pengurus Perakaunan dan Kewangan Syarikat Petrosource (M) Sdn Bhd. Tahun 2000 merupakan tahun pertama beliau memulakan karier sebagai seorang usahawan dengan menjalankan perniagaan kraftangan dan pembuatan perabot melalui syarikat pertama beliau D’Anns Design & Renovation. Beliau melangkah ke hadapan dengan menubuhkan syarikat Eco Crafts Sdn Bhd yang terlibat dalam pembekalan kraftangan asli Sabah di bawah didikan dan bimbingan Pembangunan Kemajuan Kraftangan Cawangan Sabah. Penglibatan dalam bidang kraftangan bersama PKKM selama 5 tahun dan penyertaan dalam pelbagai aktiviti pemasaran antarabangsa di bawah MALTRADE memberi peluang kepada beliau untuk menimba ilmu dalam bidang pemasaran kraf di peringkat global. Beliau kini memberi penumpuan penuh dalam bidang perniagaan perkhidmatan pengendalian pelbagai kursus melalui syarikat yang dimiliki beliau Safety Care Management Centre (M) Sdn Bhd, Pusat Latihan Kesenian Gemilang dan Bumiputra Business Management Centre. Sesungguhnya dengan kesungguhan serta kecekalan beliau berbekalkan pengalaman dan pengetahuan beliau mampu membawa pusat latihan Bumiputra Business Management Centre lebih berdaya saing serta bertauliah dan mampu berdiri sebaris dengan pusat-pusat latihan yang telah lama bertapak dan dikenali.



No user avatar
os_rehealer
Latest page update: made by os_rehealer , Jul 31 2009, 7:10 AM EDT (about this update About This Update os_rehealer Edited by os_rehealer

1 image added
1 image deleted

view changes

- complete history)
Keyword tags: None
More Info: links to this page
There are no threads for this page.  Be the first to start a new thread.